home | introduction | publication | consultancy | training | panel of experts | contact us | biography | training team |clients|

 

 

 

Sarimah Radzi - Pengurus Pentadbiran & Operasi

Sarimah mempunyai lebih 15 tahun pengalaman dalam pentadbiran dan operasi, khususnya pengurusan . Beliau memulakan kerjaya di INMIND sebagai pegawai penyelidik sebelum mengetuai jabatan tugas-tugas khas di organisasi yang sama. Mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang suntingan dan penerbitan buku .

LATIHAN DAN PEMBANGUNAN MODUL

 

 
Wan Mohd Jeffri Wan Ibrahim

Jeffri merupakan graduan Universiti Al-Azhar, Mesir dalam bidang Syariah & Undang-undang, Jabatan Syariah Islamiah. Jeffri telah memulakan kerjaya sebagai pegawai pelatih dalam program motivasi belajar dan peperiksaan untuk pelajar sekolah di peringkat rendah dan menengah. Jeffri menyertai AKADEMI AIDIT sebagai Perunding. Jeffri mempunyai kecenderungan dalam bidang Syariah.

Idzhar Jumali

Idzhar mempunyai latarbelakang Usuluddin dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau memulakan kerjayanya sebagai Perunding di sebuah syarikat yang menjalankan khidmat perundingan latihan. Idzhar mempunyai kecenderungan berceramah khusus kepada motivasi dan pembangunan sahsiah kanak-kanak dan remaja. Beliau juga merupakan ahli sebuah kumpulan nasyid yang terkenal tanahair, Nowseeheart. Selawat 10 Hajat merupakan album terbitan terbaru kumpulan Nowseeheart yang diterbitkan oleh AKADEMI AIDIT.

Wan Mohd Allwee Wan Ismail

Wan Mohd Allwee Wan Ismail adalah berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian), Ekonomi Pengurusan Perniagaan daripada Universiti Islam Antarabangsa, Gombak Malaysia (UIAM). Pernah memegang jawatan sebagai pengurus dan koordinator projek pendidikan di Yayasan Aminuddin Baki, terlibat secara langsung di dalam latihan potensi diri remaja dan para pelajar sekolah sekitar Wilayah Persekutuan dan Selangor. Beliau juga pernah bekerja dan mengutip pengalaman sebagai Pegawai Projek di Institut Keluarga dan Kanak-Kanak NURY dan pernah bertugas sebagai Pengurus Kerja di salah sebuah rangkaian restoran makanan segera.

Fauziah Tengah

Fauziah merupakan pemegang Sarjana Psikologi Kaunseling dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

 
PERUNDINGAN

 

Azmil Mohd. Amin

Azmil berkelulusan iktisas Chartered Institute of Transport (U.K) dari Universiti Teknologi MARA, Shah Alam. Memulakan kerjaya dalam bidang teknologi maklumat selama tujuh tahun sebelum menyertai Akademi Aidit Sdn. Bhd.

Izhan Hamidi Ibrahim

Izhan merupakan graduan Sarjana Muda Kepujian Syariah & Ekonomi dari Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya Kuala Lumpur. Memulakan kerjaya sebagai Pembantu Perpustakaan di sebuah kolej swasta dan pada masa yang sama melanjutkan pengajian di peringkat sarjana. Beliau menjalankan penyelidikan dalam bidang Perbankan Islam pada peringkat Ijazah Sarjana Muda.  Mempunyai kecenderungan dalam bidang Ekonomi Islam. Menyertai Akademi Aidit Sdn Bhd pada April 2005 sebagai perunding.

PENYELIDIKAN DAN PENERBITAN

 

Norita Hassan

Sebaik sahaja tamat pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia, Norita telah memulakan karier beliau dalam bidang pendidikan sebagai Kaunselor Pendidikan di sebuah syarikat swasta. Beliau mempunyai kecenderungan dalam pendidikan kanak-kanak dan remaja. Beliau terlibat secara langsung dalam mengendalikan program Petua Persediaan Belajar Secara Holistik dan Kursus Pengukuhan Jawi.

Aslina Ghazali

Aslina mempunyai latarbelakang perundangan. Minat serta kecenderungan yang tinggi dalam bidang pendidikan telah mendorong beliau untuk menyertai Akademi Aidit sebagai Ketua Pusat Kecemerlangan Pendidikan (ACE). Aslina turut terlibat dalam menggubal modul Petua Persediaan Belajar Secara Holistik yang dianjurkan oleh AKADEMI AIDIT SDN. BHD. Beliau turut terlibat dalam penulisan artikel dalam majalah Islamic Lifestyle.

 
Mohd Affendi Othman

Affendi adalah graduan Sarjana Muda Syariah Pengkhususan Siasah Syar’iyyah (Kepujian) dari Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Kecenderungan beliau adalah dalam bidang kepimpinan, pentadbiran dan politik Islam. Beliau memulakan kerjaya sebagai Pegawai Tadbir di sebuah syarikat perunding, seterusnya sebagai Eksekutif Kemasukan dan Rekod di sebuah IPTS sebelum menyertai AKADEMI AIDIT SDN BHD pada Julai 2006 sebagai Perunding.

 
 

 

Suite 5.17, 5th Floor (North Block) The AmpWalk, 218 Jalan Ampang 50450 Kuala Lumpur
Telephone:03-21614145 Facsimile:03-21614566 Email:
akademiaidit@
akademiaidit.com

Copyright (C) 2003-2008 AKADEMI AIDIT SDN BHD (CO. NO : 687084-U)